Wednesday, September 16, 2009
Tuesday, September 15, 2009
aku tidak pernah berjalan sendiri...
bersyukurlah kepada Tuhan kerana kasih anugerahNya yang tidak pernah berhenti dalam hidupku. Walaupun aku seringkali dicobai oleh kesengsaraan duniawi namun aku tetap percaya Tuhan tidak pernah meninggalkan aku dan Dia selalu memberi yang terbaik untukku. Untuk menjadi anak Tuhan dan seterusnya menyenangkan hati Bapa, kita harus percaya dan yakin akan kesaksian Allah buat kita iaitu kesaksian tentang anakNYA yang tunggal. Perasaan normal bagi seseorang manusia memiliki hati yang ragu-ragu dan tidak yakin. Mungkin kita pernah berkata, di mana Kau Tuhan...mengapa di saat aku memerlukan pertolonganMu, Engkau tidak berada bersamaku?? Di mana janji-janjiMU Tuhan???
Kita harus sedar bahawa kita silap. Tuhan tidak pernah lalai mahupun meninggalkan kita. Cuma kita yang tidak pernah memberi peluang atau kesempatan untuk Tuhan berbicara kepada kita melalui RohNYA. Kita seringkali bersandar kepada kekuatan kita sendiri dan bukan kepada kekuatan Tuhan. Sebab itulah apabila kita dicobai, kita akan merasakan kita tidak memiliki apa-apa. Kita mengatakan kita Kristian, tetapi sejauh manakah anda mengenali Tuhan anda??Adakah cukup untuk kita hadir ke gereja pada setiap hari Ahad??Adakah cukup dengan berbuat baik dengan semua orang??
Bukan itu yang menjadi pengukur tahap kealiman kita sebagai kristian. Doa adalah sumber kekuatan iman kita. Tanpa doa, rohani kita lemah. Dan, saat inilah iblis akan cuba menarik anda ke jurang kekelaman. Dia akan mecobai anda sehinggalah anda tidak ada kerinduan untuk terus berdoa. inilah kesukaan si iblis. Dia tidak mahu melihat anak Tuhan diselamatkan dan mendapat kehidupan yang kekal.
Apapun yang terjadi, tetaplah bertumbuh dalam Tuhan. Kita tidak tahu bila kedatangan Tuhan Yesus pada kali yang kedua. Dan, ingatlah Firman Tuhan yang seringkali mengingatkan kita sebagai umatNya agar selalu berjaga-jaga dan berdoa sentiasa. Selamat malam dan Tuhan memberkati.

Monday, September 14, 2009
Thursday, September 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)