Showing posts with label semua masuk. Show all posts
Showing posts with label semua masuk. Show all posts

Saturday, August 22, 2009

21/08/09


wajah kelesuan....

today is the first time for my class to organize the Perhimpunan Pra Kemerdekaan.
semua berjalan dengan lancar atas kerjasama kalian. ada juga beberapa kepala yang tidak berpuas hati terutamanya dalam proses persiapan selama 1 minggu. kali tok ku tlibat dengan protokol. kerja protokol agak senang sikit la tapi memerlukan keyakinan yang tinggi. bukan apa..sebab bila terlibat dengan protokol,kita tpaksa bhadapan dengan VIP. rasa macam menghadap sultan melaka(bila pulak ko jumpa sultan melaka,liz?)ahahaha.....bgetar pala patung y...cramp dah otot pipi..mana tidaknya, sepanjang pehimpunan tpksa snyum.dahla gigi lekat coklat..sapa yg bagi coklat tu hah???hari ini, semua tpksa bpuasa..dari pagi smpai petang x makan apa2..dahla bajet jamuan x diluluskan,kantin tutup...uhuhuhu...no energy anymore...apapun,congrats buat saya sndiri n kwn2 sume...x sgka perhimpunan kali ini mendapat SATU TABIK HORMAT daripada Timbalan Pengarah..antara perhimpunan yang terbaik lg tue...chewahh...kembang kempis idung JPP,PPISMP 708 SN n PPISMP 709 SN(junior)..x sia2 usaha kita slama 1 minggu suntuk. dahla KKBI biology n KKP BM kena hantar hari ni jugak...fuhhh!!!semua kena kejar. nak buat macam mana,padan muka coz suka buat keja last minutes.

abis pehimpunan,kami org pun kemaskan dewan..pelajar2 yg lain dah balik dah...dah mula cuti...maka kami, warga IPGMKTAR tpksa merelakan dri utk bkhidmat..ahahahaha..
jam 2, ada kuliah.pegi makmal fizik n buat xperiment. buat xperiment pun sempat ngantok hahaha....xtreme!!

abis xperiment,jam 3:30...balik bilik n truz tdor..ZZZZZZZZZZZ........

malam: kemas brg...esok ku balik JULAU..everyone at home..waiting 4 me,yaaa...
My TOTOi..jgn sakit lg,ok...esok kita balik Julau sama2...
My guitar...brehatla slma sminggu..ahahaha...xda lg krenggg..krenggg...
i miss them.....:(

p/s: selamat bcuti...jgn lupa assgnment...!!!take care n GBU!!mmmuahh

Friday, August 14, 2009

KANAMARA MATSUKI











Kanamara Matsuki tu siti ari pengerami ti suah digaga ba menua Kawasaki,Japan maya musim bungai. Pengerami tu dirami kena hari minggu ti keterubah dalam bulan empat.Anang alit ati enti kitai meda mayuh utai ti nyelai digaga bala menyadi kitai ba menua japan din.Lebuh maya datai musim pengerami tu,macham-macham utai dijual sida. siti utai ti bangat ngasuh ati kitai geledi,ngasuh kitai rangkai ngeli...utai ke digaga sida nya endang cun baka 'utai' sida ti lelaki. baik ke nya pemakai,utai dikena bemain..etb. kasih meh tudah sida ti lelaki.Utai ti dilalai penapat inat nyau dibantai ke orang ga. Nadai ko enggau meh,sida ga udah bela setuju ngaga pengerami bakanya.

Nitihka penemu sida nya, tuju pengerami tu digaga kena nagang "sexually transmitted disease". Kelimpah arinya, sida mega pecaya ke pengerami tu ulih dikena meransang bala sida ti nadai ati ka bebini tauka belaki. Tusah ga bansa sida nya laban ti kelalu "busy" ngereja pengawa sampaika nadai hari 'begulai' enggau diri melaki bini. Nengah pengerami ti bakanya, sida ngarapka kaul diri melaki bini enda puntan ngapa.

Enti nyema pengerami bakatu dibai ngagai kitai ba Malaysia ditu,nama enda meh runding sida ke tuai. sigi enda ngetu sida indai lipai ketawa lekai-lekai meda utai ti nyelai bakanya. nya utai ti bangat dilalai ke bala sida singgai, nya ga diperunsai dibantai. Dini endur engkah mua malu.ahahaha..mcaham2 chehita...

Saturday, August 1, 2009

Penghuni setinggan anjur parti seks atas bumbung


(xda tempat lain ke????)


GAMBAR menunjukkan rumah setinggan yang didirikan di atas sebuah flat di Poplar, timur London

LONDON - Ratusan penghuni setinggan yang mendiami sebuah blok flat di sini bertindak liar dengan menganjurkan parti seks di bumbungnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Penduduk tempatan mendakwa, hampir 250 penghuni rumah pangsa di Poplar, timur London itu juga menakutkan jiran dengan kelakuan liar mereka.

Beberapa penduduk sekitar berkata, mereka mahu flat itu diroboh kerana tidak tahan dengan gelagat penduduk setinggan itu yang menduduki bumbung bangunan tersebut secara haram sejak April lalu.

"Mereka sengaja berada di atas bumbung supaya semua orang dapat melihat mereka menyanyi, menjerit dan bermain muzik," kata seorang penduduk, Jo Graham.

"Sejumlah mereka kemudian berbogel dan melakukan seks secara terbuka di sana. Jumlah mereka boleh mencapai 60 orang dan ada yang berada di bawah pengaruh dadah," tambahnya.

Dia berharap struktur setinggan itu akan segera diruntuhkan.

Pemilik flat tersebut kini mula menganjurkan kempen bagi meminta struktur setinggan itu diruntuhkan.

Bagaimanapun, beberapa penduduk setinggan itu memberitahu, mereka bertekad untuk tidak berpindah dan terus mengadakan parti secara terbuka.

"Semakin hari semakin ramai yang menyertai parti itu. Kami akan terus berparti, parti dan parti," kata seorang penduduk setinggan itu yang mahu dikenali sebagai Jon. - Agensi

bikini boleh 'hilang'....


Bikini boleh ‘hilang’ dalam kolam renang





BERLIN - Sebuah syarikat pakaian mencipta bikini yang akan 'hilang' apabila si pemakainya berada dalam kolam renang, lapor sebuah akhbar semalam.

Pakaian itu akan 'hilang' dalam masa beberapa saat apabila berada di dalam air sekali gus menampakkan tubuh badan si pemakainya.

Kedai-kedai pakaian di Jerman mengambil kesempatan dengan mempromosikan bikini yang dikenali sebagai Get Naked sebagai salah satu cara untuk kaum lelaki mendapatkan semula teman wanita mereka selepas berlaku perpisahan.

Bagaimanapun, seorang aktivis hak asasi wanita Rosmarie Zapfl menegaskan: "Ia merupakan satu pengaiban terhadap wanita." - Agensi

Dera anak kerana cerai


(kekejaman yang keterlaluan)

Dera anak kerana cerai


Walaupun kes penderaan kanak-kanak tidak heboh diperkatakan seperti sedekad yang lalu, tetapi ini tidak bermakna ia tidak lagi berlaku dalam masyarakat.


Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh negara.

Daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya, 270 kes kanak-kanak lelaki.

Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan ialah Selangor dengan 320 kes, diikuti Perak 91 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 79 kes.

Statistik perbandingan 2008 dan 2007 turut menunjukkan Selangor sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak.

Jumlah kes yang dicatat di Selangor pada 2008 adalah 949 kes berbanding dengan 816 kes pada 2007. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan 444 kes pada 2007.

"Bilangan kes penderaan di Lembah Klang memang banyak, sebahagiannya kerana tekanan hidup yang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar.

"Masyarakat pula semakin sedar tentang tanggungjawab sosial mereka untuk melaporkan kes-kes sedemikian," ujar Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Nor Amni Yusoff.

Secara keseluruhannya, seluruh negara merekodkan sebanyak 2,780 kes penderaan pada 2008 berbanding dengan 2,279 kes pada 2007.

Di sebalik peningkatan kes, JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan.

"Semua statistik ini adalah kes-kes yang dilaporkan tetapi saya percaya kes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kes yang berlaku di luar sana. Masih ada 98 peratus kes yang tidak dilapor," jelas Nor Amni.

Dari segi kaum, beliau berkata, sebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaum Melayu.

Menurutnya, bentuk penderaan yang lazim berlaku pula adalah penderaan fizikal, seksual dan emosi.

Tambahnya, bagi tempoh Januari hingga April 2009, kes penderaan fizikal yang direkod adalah 523, seksual 230 kes (kebanyakannya melibatkan kanak-kanak perempuan) dan emosi, 16 kes.

Mengenai penderaan emosi, Nor Amni menjelaskan, ia sering berlaku apabila ibu bapa bercerai.

Menurutnya, berbanding waktu dahulu di mana pasangan yang hendak bercerai sering mengutamakan kebajikan anak-anak, pada hari ini, mereka yang bercerai akan menggunakan anak sebagai alat dan menjadikan mereka 'korban' perceraian.

"Katakan ibu mendapat hak penjagaan (urusan Mahkamah Syariah bagi orang Islam), bapa akan menggunakan anak untuk membuat tuduhan palsu yang bekas isterinya mendera anak itu. Tujuannya adalah untuk membalas dendam.

"Meskipun laporan penderaan mungkin palsu tetapi apabila dibuat, kita perlu bertindak dan membawa anak ke hospital untuk pemeriksaan. Ada kes di mana anak terpaksa keluar masuk hospital.

"Apabila diperiksa, pihak hospital mendapati tidak ada penderaan dan anak balik ke rumah. Kemudian si bapa akan membuat laporan lagi dan kami membawa sekali lagi anak itu ke hospital. Ini berterusan sehingga bertahun. Kes ini paling banyak kami kendalikan sekarang," jelasnya.

Paling berkesan

Menurut Nor Amni, orang ramai menggunakan pelbagai cara untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak iaitu melalui nombor hotline, Talian Nur 15999 atau menghantar e-mel atau surat.

Jelasnya, hampir 90 peratus kes dera diterima dan dilaporkan menerusi Talian Nur (15999) yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada Disember 2007.

SEORANG ibu (kanan) ditahan oleh pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam kes mendera anak sendiri. - Gambar hiasan



Keberkesanan Talian Nur ini boleh dilihat menerusi peningkatan mendadak dari segi jumlah aduan/laporan kes dera.

Nor Amni memberitahu bahawa statistik 2008 menunjukkan peningkatan sebanyak 501 kes kepada 2,780 kes daripada 2,279 pada 2007.

Katanya, perbandingan 2007 dan 2006 hanya menunjukkan kenaikan 280 kes.

"Kami sudah membuat promosi besar-besaran mengenai Talian Nur ini. Yang menariknya, talian ini dikendalikan dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin.

"Tambahan pula, masyarakat tahu usaha mereka tidak sia-sia kerana kami mengambil tindakan apabila mereka membuat aduan dan ini boleh dilihat menerusi kes penderaan yang dilaporkan oleh media," tambahnya.

Nor Amni berkata, di samping laporan kes penderaan, Talian Nur turut mengendalikan segala pertanyaan mengenai KPWKM.

"Talian Nur dikendalikan 24 jam oleh sebuah syarikat yang sudah dilatih oleh pegawai-pegawai kementerian. Mereka bukan sahaja mengendalikan laporan kes penderaan tetapi semua jenis pertanyaan mengenai kementerian.

"Untuk panggilan yang memerlukan maklumat, pihak pengendali akan memberi maklumat secara langsung tetapi untuk kes penderaan, pihak itu akan segera menghubungi pegawai yang berkenaan," jelasnya. - Bernama

Wednesday, July 22, 2009

Down's syndrome...

...Unfortunately, sometimes the process of gamete formation goes wrong. In one particular case, a gamete may carry two copies of the 21st human chromosomes. If this gamete is fertilized by a normal gamete, then the zygote which results will have three copies of chromosome 21. This results in the disorder known as Down's syndrome. Children with this condition show varying degrees of mental retardation, stunted physical growth, a reduced resistance to disease and congenital heart defects.....

*******a part of my course work.....
*******don't give up liz...chaiyok2...

Saturday, July 4, 2009

Saturday, June 20, 2009

Rumah Jarau, Rantau Limau,96600 Julau.(menua asal aku)




.....ambun maya pagi






....aram meh kitai sama ngelantangka ati




.....ruai endur aku begagai maya agi mit suba




......andau Rantau Limau(jambatan gantung).



.........pendai Rantau Limau.

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3AVu3YeAVWd8fnuLiYf6xjCCk9w3X4t1gH904GNmqubQtBCfyJTuZlmvD18m6e-AUYXw9vIFwTwQ2l6OwDtDngZPUhpFvjYppXUKamjz5icS5eOgoBGg6_21a63Owm9LzLV4Ds9RZM1o/s1600-h/DSC02620.JPG">

.....tu meh gambar rumah panjai rantau limau enti dipeda ari atas.
 
Designed by Lena