Saturday, August 1, 2009
Penghuni setinggan anjur parti seks atas bumbung
(xda tempat lain ke????)
GAMBAR menunjukkan rumah setinggan yang didirikan di atas sebuah flat di Poplar, timur London
LONDON - Ratusan penghuni setinggan yang mendiami sebuah blok flat di sini bertindak liar dengan menganjurkan parti seks di bumbungnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Penduduk tempatan mendakwa, hampir 250 penghuni rumah pangsa di Poplar, timur London itu juga menakutkan jiran dengan kelakuan liar mereka.
Beberapa penduduk sekitar berkata, mereka mahu flat itu diroboh kerana tidak tahan dengan gelagat penduduk setinggan itu yang menduduki bumbung bangunan tersebut secara haram sejak April lalu.
"Mereka sengaja berada di atas bumbung supaya semua orang dapat melihat mereka menyanyi, menjerit dan bermain muzik," kata seorang penduduk, Jo Graham.
"Sejumlah mereka kemudian berbogel dan melakukan seks secara terbuka di sana. Jumlah mereka boleh mencapai 60 orang dan ada yang berada di bawah pengaruh dadah," tambahnya.
Dia berharap struktur setinggan itu akan segera diruntuhkan.
Pemilik flat tersebut kini mula menganjurkan kempen bagi meminta struktur setinggan itu diruntuhkan.
Bagaimanapun, beberapa penduduk setinggan itu memberitahu, mereka bertekad untuk tidak berpindah dan terus mengadakan parti secara terbuka.
"Semakin hari semakin ramai yang menyertai parti itu. Kami akan terus berparti, parti dan parti," kata seorang penduduk setinggan itu yang mahu dikenali sebagai Jon. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment